-->

Sistem Pengurusan
Latihan Sangkut MARDI

Sistem Pengurusan Latihan Sangkut MARDI adalah sistem yang dibangunkan bagi menguruskan aktiviti latihan sangkut yang dijalankan di fasiliti pemindahan teknologi MARDI : Test Bed Teknologi MARDI. Latihan hands-on berkaitan teknologi pemprosesan makanan terpilih kepada usahawan dan bakal usahawan secara individu atau berkumpulan. Peserta akan didedahkan dengan teknologi pemprosesan, pengawetan dan kawalan mutu makanan, pemilihan bahan mentah, penggunaan mesin dan peralatan pemprosesan, pembungkusan dan pelabelan makanan.

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun keatas.
  • Dapat memberikan komitmen kehadiran penuh sepanjang tempoh program serta bersedia melengkapkan penilaian keberkesanan latihan sejurus tamat latihan.
  • Bersedia mematuhi etika garis panduan pengendalian makanan berpandukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang akan disampaikan di dalam taklimat semasa pelaksanaan latihan.
  • Latihan sangkut merupakan latihan terancang yang akan dilaksanakan mengikut permintaan yang diterima dan tertakluk kepada teknologi Test Bed tertentu.
  • Terbuka kepada individu dan kumpulan.
  • Tarikh kursus tertakluk kepada kesesuaian masa tenaga pengajar.
  • Tempoh latihan ialah satu hari sahaja.
  • Penginapan dan pengangkutan tidak disediakan.
  • Nota dan bahan latihan akan disediakan.